Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan | School of Humanities

  • PROGRAMMES
  • Other
  • ProperBm

ProperBm

Program Pemindahan Kredit Bahasa Melayu (PROPERBM)
 
PROPERBM
 
PENGENALAN
 
Bahasa Melayu merupakan disiplin pengajian dan penyelidikan yang sentiasa relevan dengan peredaran zaman berikutan kepuitisan dan kedinamikan bahasa, budaya, sastera, tamadun dan falsafah, sejarah serta terjemahan yang boleh dihubungkaitkan dengan bidang pengajian serta penyelidikan ini. Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan (PPIK), Universiti Sains Malaysia (USM) ialah sebuah pusat pengajian yang menawarkan program pengajian yang pelbagai selaras dengan kerencaman bidang Ilmu Kemanusiaan itu sendiri. PPIK bergabung tenaga dengan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Pusat Pengajian Bahasa, Literasi dan Terjemahan, Pusat Pengajian Seni dan Pusat Rancangan Kokurikulum menawarkan program pemindahan kredit dalam bidang Bahasa Melayu yang dapat memenuhi keperluan politik, ekonomi dan sosial semasa serta lebih berdaya saing sekali gus melengkapkan penyelidik dengan pelbagai kecekapan dan kemahiran dunia Melayu.
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Prof. Madya Dr. Goh Sang Seong gohss@usm.my
 
OBJEKTIF                       
 
1. Menawarkan kursus-kursus dalam bidang Pengajian Melayu/Bahasa Melayu yang berkualiti baik dari segi tenaga pengajar mahupun kandungan kursus, dan berdaya saing;
2. Mewujudkan jaringan antarabangsa melalui penyebaran dan pemindahan ilmu khususnya dalam bidang bahasa, sastera, budaya dan terjemahan bahasa Melayu;
3. Menjalin hubungan kerjasama dalam pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan dengan institusi pengajian tinggi luar negara yang seterusnya merintis jalan kepada usahasama penyelidikan antarabangsa;
4. Menyebarluaskan Pengajian Melayu/Bahasa Melayu bagi memartabatkan dan melestarikan bahasa, budaya dan tamadun Melayu;
 
5. Melahirkan siswazah antarabangsa yang mampu menghasilkan terjemahan bahasa Melayu yang berkualiti daripada atau kepada bahasa-bahasa dunia yang lain.
6. Melahirkan penyelidik antarabangsa yang menjalankan penyelidikan tentang dunia Melayu melalui sudut pandangan yang berbeza.
 
PROGRAM
 
Program ini ditawarkan dalam dua (2) pakej:
1. Pakej A: Pelajar perlu memenuhi keperluan 31-33 unit atau 12 kursus teras dalam tempoh dua (2) semester di Universiti Sains Malaysia.
2. Pakej B: Pelajar perlu memenuhi keperluan 17-18 unit atau 6 kursus teras dalam tempoh satu (1) semester di Universiti Sains Malaysia.
Pelajar boleh memilih mana-mana satu pakej berdasarkan keperluan.
 
PAKEJ A (2 SEMESTER)
Semester 1: 17 unit / 18 unit

Bil.

Kod Kursus

Unit

Kursus

1.

HFM 203

4

Pemikiran dan Tamadun Melayu

2.

HKN 203

3

Puisi Nusantara

3.

HBT 223

4

Makna dan Penterjemahan

4.

HMT 213

3

Komunikasi Lisan dalam Bahasa Melayu

5.

LKM 300

2

Bahasa Malaysia III

6.

WCC 116

atau

WCC 118

atau

WCC 120

atau

WCC 121

atau

WCC 124

atau

WEC 101

1

1

1

1

1

2

Tarian Tradisional

     atau

Wayang Kulit Melayu

     atau

Canting Batik

     atau

Seni Khat

     atau

Kompang Berlagu

     atau

*Pengucapan Awam (Bahasa Malaysia)

*Bersyarat
 
Semester 2: 14 unit / 15 unit

Bil.

Kod Kursus

Unit

Kursus

1.

SPU 205

3

Kerajaan dan Politik Malaysia

2.

SEP 206

3

Ekonomi Malaysia

3.

VTC 153

2

Praktikum Teater Tradisional Melayu Utara

4.

HPL 310

3

Kajian Bebas

5.

WCC 116

atau

WCC 118

atau

WCC 120

atau

WCC 121

atau

WCC 124

atau

WEC 101

1

1

1

1

1

2

Tarian Tradisional

     atau

Wayang Kulit Melayu

     atau

Canting Batik

     atau

Seni Khat

     atau

Kompang Berlagu

     atau

*Pengucapan Awam (Bahasa Malaysia)

6.

LKM 400

2

Bahasa Malaysia IV

*Bersyarat
 
PAKEJ B (1 SEMESTER)
Semester 1: 17 unit / 18 unit

Bil.

Kod Kursus

Unit

Kursus

1.

HFM 203

4

Pemikiran dan Tamadun Melayu

2.

HPL 310

3

Kajian Bebas         

3.

HBT 223

4

Makna dan Penterjemahan

4.

HMT 213

3

Komunikasi Lisan dalam Bahasa Melayu

5.

LKM 300

atau

LKM 400

2

Bahasa Malaysia III

     atau

Bahasa Malaysia IV

6.

WCC 116

atau

WCC 118

atau

WCC 120

atau

WCC 121

atau

WCC 124

atau

WEC 101

1

1

1

1

1

2

Tarian Tradisional

     atau

Wayang Kulit Melayu

     atau

Canting Batik

     atau

Seni Khat

     atau

Kompang Berlagu

     atau

*Pengucapan Awam (Bahasa Malaysia)

*Bersyarat
  • Hits: 203