Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan | School of Humanities

  • PROGRAMMES
  • Undergraduate
  • Sarjana Muda Sastera Terjemahan dan Interpretasi dengan Kepujian

Sarjana Muda Sastera Terjemahan dan Interpretasi dengan Kepujian

[3 ½ Tahun]

SINOPSIS PROGRAM 

Kursus-kursus terjemahan dan interpretasi memberikan maklumat tentang teori-teori terjemahan dan interpretasi serta pelatihan dalam terjemahan dan interpretasi. Pelajar didedahkan kepada kaedah terjemahan/interpretasi; proses penterjemahan dan interpretasi seperti penyuntingan, penterjemahan berbantukan komputer, kejurubahasaan, penyarikataan, lokalisasi dan sebagainya; elemen budaya dalam bahasa; dan etika profesional dalam bidang ini.

OBJEKTIF PROGRAM

Objektif program ini adalah untuk melahirkan siswazah yang bukan sahaja memahami teori terjemahan dan interpretasi, malah dapat mengaplikasikan kaedah yang dipelajari dalam tugasan terjemahan dan interpretasi, dapat memahami jenis-jenis interpretasi yang berbeza (pandang, berturutan dan serentak), serta mahir dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris (dan bahasa-bahasa lain) dan dapat menterjemah dan menginterpretasi dalam bahasa-bahasa tersebut. Objektif program ini juga adalah untuk menghasilkan siswazah yang dapat bekerja dalam pelbagai industri dan organisasi di dalam dan di luar negara; siswazah yang dapat menyumbang kepada negara sebagai pengantara dalam aspek bahasa, budaya, politik dan sosial di dalam dan di luar negara, dan juga siswazah yang bersikap profesional dalam mengendalikan tugasan terjemahan dan interpretasi.

PROSPEK KERJAYA

  1. Penterjemah
  2. Jurubahasa
  3. Editor
  4. Penyari Kata
  5. Pegawai Tadbir
  6. Penulis
  7. Guru
  • Hits: 747
  • Last Modified:
    Wednesday 18 December 2024, 02:52:54.