Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan | School of Humanities

VISI & MISI KEMANUSIAAN / VISION & MISSION HUMANITIES

VISI / VISION
Mengkaji manusia untuk pembangunan diri dan masyarakat demi kelestarian hari esok.

MISI / MISSION
Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan komited dalam misinya untuk mengajar, menyelidik dan menerbit dalam bidang utama Ilmu Kemanusiaan serta terlibat sama dengan komuniti untuk pembaikan sejagat.

OBJEKTIF / OBJECTIVE
  • Menghasilkan siswazah seimbang yang memiliki asas yang kukuh dalam ilmu bidang pengkhususan dan kemahiran insaniah dan peka terhadap persekitaran.
  • Menjalankan penyelidikan fundamental, lapangan dan terapan yang menghasilkan penemuan yang membawa manfaat kepada manusia.
  • Menjanakan dan menyebarluaskan ilmu menerusi pengajaran, penyelidikan dan penerbitan yang berkualiti.
  • Menyumbang kepada pembangunan masyarakat melalui penglibatsamaan dengan komuniti dan perundingan.