• Undergraduate-h
  • Programmes
  • Bachelor of Arts (Hons) - Translation and Interpretation Studies

Ijazah Sarjana Muda Sastera Terjemahan dengan Interpretasi

Pengenalan
Sinopsis Program
Objektif Program
Tujuan Rancangan
Hasil Pembelajaran
Jangka Masa
Senarai Kursus    
Penawaran Kursus
Kursus Minor  

PENGENALAN

Sesuai dengan harapan negara agar bahan-bahan bacaan bahasa Malaysia dapat dikeluarkan dengan cepat melalui penterjemahan, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan  menawarkan Ijazah Sarjana Muda Sastera (Terjemahan dan Interpretasi) bermula pada Sidang Akademik 1992/93 di Pusat Bahasa dan Terjemahan.  Program ini kini ditawarkan di Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan di bawah Bahagian Bahasa Malaysia, Terjemahan dengan Interpretasi. Ijazah porgram ini dikenali sebagai Ijazah Sarjana Muda Sastera dengan Kepujian (Terjemahan dengan Interpretasi).  Singkatannya ialah BATI iaitu Bachelor of Arts (Hons.) Translation with Interpretation.

SINOPSIS PROGRAM

Kursus-kursus terjemahan dan interpretasi memberi maklumat tentang teori-teori dan latihan terjemahan dan interpretasi. Pelajar didedahkan kepada beberapa kaedah  terjemahan/interpretasi; proses penterjemahan dan interpretasi seperti penyuntingan, penterjemahan berbantukan komputer, penulisan nota, dan sebagainya; elemen budaya dalam bahasa; dan etika profesional dalam bidang ini.

OBJEKTIF PROGRAM

Kursus-kursus terjemahan dan interpretasi memberi maklumat tentang teori-teori dan latihan terjemahan dan interpretasi. Objektif program ini ialah untuk melahirkan graduan yang bukan sahaja memahami teori-teori terjemahan dan interpretasi tetapi juga dapat mengaplikasi kaedah-kaedah yang dipelajari dalam tugasan terjemahan dan interpretasi, dapat memahami jenis-jenis interpretasi yang berbeza (spontan, berturutan dan serentak) serta mahir dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris (dan bahasa-bahasa lain) dan boleh menterjemah dan menginterpretasi dalam bahasa-bahasa tersebut. Objektif program ini juga ialah untuk menghasilkan graduan yang boleh bekerja dalam pelbagai industri dan organisasi di dalam dan luar negara, boleh menyumbang kepada negara sebagai pengantara dalam aspek bahasa, budaya, politik dan sosial di dalam dan luar negara, dan juga graduan yang bersikap profesional dalam mengendalikan apa jua tugasan terjemahan dan interpretasi.

TUJUAN RANCANGAN

  1. Mengeluarkan penterjemah profesional yang berpengetahuan dan berkeupayaan menterjemahkan dan menyunting teks undang-undang dan teks sastera yang lain seperti ekonomi dan pengurusan, teks teknikal dan teks saintifik dalam bahasa Inggeris sebagai bahasa sumber kepada bahasa Malaysia sebagai bahasa sasaran dan sebaliknya.  Pada masa akan datang, teks bahasa sumber itu akan diperluas kepada teks bahasa-bahasa moden yang lain seperti bahasa Arab, Perancis dan Jepun.
  2. Mengeluarkan siswazah yang cekap dalam bidang penterjemahan dan interpretasi.
  3. Mengeluarkan siswazah yang arif dalam:
  • peristilahan dalam bidang undang-undang serta biasa dengan penggunaan istilah-istilah bidang tersebut
  • peristilahan dalam bidang teknikal dan sains serta biasa dengan penggunaan istilah-istilah bidang tersebut
  • bidang teknologi maklumat untuk memudahkan kerja mereka sebagai penterjemah.

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir program, graduan dapat memperoleh:

  1. Pengetahuan, iaitu bijak dalam mengaplikasikan kemahiran linguistik, berpengetahuan luas dalam isu-isu semasa, dan memiliki tanggungjawab sosial yang tinggi serta mampu memahami keperluan penterjemahan dan interpretasi dalam masyarakat tempatan dan luar negara.
  2. Kemahiran teknikal / praktikal / psikomotor, iaitu mempunyai kemahiran menterjemah, kemahiran menginterpretasi serta kemahiran dalam mengaplikasikan kaedah menterjemahan dan menginterpretasi.
  3. Kemahiran berfikir, iaitu mempunyai kemahiran dalam memahami teks dan menyalurkan semula maklumat teks, berkemahiran mengingat dan mengambil nota, dan mahir dalam mengaplikasikan teknik berfikir dan mampu berfikir secara kritis.
  4. Kemahiran berkomunikasi, iaitu mempunyai kemahiran menulis dan lisan dalam satu atau lebih bahasa, serta mahir dalam pengucapan awam secara efektif.
  5. Kemahiran sosial dan bertanggungjawab, iaitu berpengetahuan luas dalam senario penterjemahan dan interpretasi dan mampu menjalinkan rangkaian kerja yang luas dengan pemain-pemain industri.
  6. Profesionalisme, nilai, sikap dan etika, iaitu bijak dan profesional dalam menangani masalah dan isu kebahasaan dan penterjemahan dalam masyarakat, serta menjadi anggota masyarakat yang faham tentang peranan yang dimainkan oleh bahasa dalam kehidupan pelbagai kaum. 
  7. Kemahiran pendidikan sepanjang hayat dan pengurusan informasi, iaitu sentiasa berminat untuk memahirkan diri dalam bidang khusus dan pengetahuan baru, khususnya yang berkaitan dengan tugasan penterjemahan yang ditangani.
  8. Kemahiran pengurusan dan keusahawanan, iaitu mampu memasarkan khidmat terjemahan dan interpretasi secara kendiri, dapat bekerja sendiri, sama ada secara sambilan atau penuh masa dalam bidang terjemahan dan interpretasi dengan rangkaian kerja yang baik, dan mampu menguruskan perniagaan sendiri dalam industri penterjemahan.
  9. Sifat kepemimpinan, iaitu dapat mengetuai dan melaksanakan projek yang dijalankan dan dapat memimpin ahli-ahli projek yang lain untuk menyempurnakan tugasan yang dilaksanakan.

JANGKA MASA PROGRAM TERJEMAHAN DENGAN INTERPRETASI

Jangka masa minimum pengijazahan ialah 3 ½  tahun akademik atau 7 semester.
Untuk dianugerahi ijazah, pelajar mestilah mencapai syarat-syarat unit seperti yang tercatat di  bawah ini.  Pelajar yang memenuhi semua syarat akan dianugerahi Ijazah Sarjana Muda Sastera (Terjemahan dengan Interpretasi) dengan Kepujian.