• Undergraduate-h
  • Programmes
  • Bachelor of Arts (Hons)

Programmes Structure - Ijazah Sarjana Muda Sastera

STRUKTUR PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA SASTERA

Struktur Pengijazahan
Kursus Asas Teras

  • Modul Lestari                              
  • Teras Pengantar                        
  • Kursus Teras Pengkhususan (Major)

Kursus Minor
Cadangan Pendaftaran Jam Kredit Mengikut Tahun Dan Semester Pengajian

-----------------------------------------

Struktur Pengijazahan

Syarat minimum pengijazahan bagi program Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) ialah 120 jam kredit:

 Asas Teras (Modul Lestari, Pengantar, Major)  72 unit
 Minor 
 20 jam kredit
 Elektif  10 jam kredit
 Keperluan Universiti  18-22 jam kredit

Kursus Asas Teras

1. Modul Lestari (12 Jam Kredit)

Bagi tujuan mengukuhkan pengetahuan asas dan kemahiran insaniah, pelajar Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan akan menjalani 5 kursus (12 jam kredit) Modul Lestari pada semester I.

 BIL KOD/TAJUK KURSUS  JAM KREDIT
1  HPA 101  Kemahiran Belajar 2
2  HPA 102  Kemahiran Komunikasi 2
3  HPA 103  Statistik Asas 3
4  HPA 104  Etika dan Masyarakat Lestari 3
5  HPW 102  Pemikiran Kritis 2


2. Teras Pengantar (16 Jam Kredit)

Selaras dengan falsafah pengajian yang berbentuk liberal, pada Tahun 1 (Peringkat 100) pelajar Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan diwajibkan mengambil 4 kursus pengantar (16 jam kredit) berdasarkan jadual pilihan berikut:

BIL KOD/TAJUK KURSUS  JAM KREDIT
 1  HGA 101  Pengantar Geografi  4
 2  HKA 101  Pengantar Kesusasteraan  4
 3  HMA 101  Pengantar Bahasa Malaysia  4
 4  HSA 101  Pengantar Sejarah  4
 5  HEA 101  Introduction to English Language Studies  4
 6  HFA 101  Pengantar Falsafah  4
 7  HIA 101  Pengantar Pengajian Islam  4


3. Kursus Teras Pengkhususan (Major)

Pelajar akan mula bermajor pada semester ketiga tahun pengajian. Bidang major, pelajar akan ditentukan oleh Pusat Pengajian sebelum semester ketiga bermula berasaskan kepada:

  1. Pilihan pelajar.
  2. Pencapaian dalam kursus pengantar bidang berkenaan.
  3. Keperluan di peringkat Bahagian.

Syarat minimum untuk pelajar memilih major dalam bidang berkaitan ialah mendapat sekurang-kurangnya gred C untuk kursus-kursus pengantar. Namun, pemilihan akan dibuat berdasarkan gred yang terbaik.

Bidang Pengkhususan (major) yang ditawarkan oleh Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan adalah:

  1. Pengajian Bahasa Malaysia
  2. Pengajian Bahasa Inggeris
  3. Geografi
  4. Kesusasteraan
  5. Sejarah

Kursus Minor

Pelajar boleh memilih untuk berminor dalam Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan atau luar Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan seperti di bawah. Pelajar yang memilih bidang minor yang ditawarkan oleh Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan perlu memperolehi sekurang-kurangnya gred C bagi kursus pengantar yang ditawarkan.

Bidang MINOR adalah seperti berikut:

Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan

Lain-Lain Pusat Pengajian

  • Pengajian Bahasa Inggeris
  • Pengajian Bahasa Malaysia
  • Geografi
  • Kesusasteraan
  • Sejarah
  • Pengajian Islam
  • Terjemahan dan Interpretasi
  • Falsafah dan Tamadun

 

 

  • P.P Komunikasi
  • P.P Sains Kemasyarakatan
  • P.P Pengurusan
  • P.P Seni
  • P.P Sains Komputer
  • P.P Ilmu Pendidikan
  • P.P Bahasa, Terjemahan dan Literasi
  • P.P Perumahan, Bangunan

       dan Perancangan

  • P.P Teknologi Industri
  • P.P Sains Fizik
  • P.P Sains Kajihayat
  • P.P Sains Kimia
  • P.P Sains Matematik
  • P.Penyelidikan Arkeologi Malaysia

 

(Sila rujuk Buku Panduan Pusat Pengajian berkenaan)

Nota: Pelajar perlu pastikan bidang Minor yang dipilih bukanlah dari bidang yang sama dengan bidang Major pelajar. Sebagai contoh, pelajar yang bermajor dalam Pengajian Bahasa Malaysia tidak dibenarkan berminor dalam Pengajian Bahasa Malaysia.


Cadangan Pendaftaran Jam Kredit Mengikut Tahun Dan Semester Pengajian

Berikut adalah cadangan pendaftaran jam kredit menurut tahun dan semester untuk pengajian 3 ½ tahun:

Tahun Pengajian  Semester I  Semester II 
Kursus  Jam Kredit Kursus  Jam Kredit
I [0-34 jam kredit]   

 Modul Lestari

12  4 Teras Pengantar 16
 WUS 101  2  SHE 101 2
 LKM 400 2
 LMT 100
Jumlah 16  Jumlah 18
 II [35-70 jam kredit]    Teras/Minor/Elektif 14  Teras/Minor/Elektif 14
 Bahasa Inggeris Am 2  Bahasa Inggeris TITAS 2
 Ko-kurikulum/Opsyen 2  TITAS 2
Jumlah 18  Jumlah 18
 III [71-104 jam kredit]   Teras/Minor/Elektif 16  Teras/Minor/elektif 16
 Ko-kurikulum/Opsyen  2
 Jumlah  18  Jumlah 16
 IV [105-120 jam kredit] Teras/Elektif 16     
 Jumlah   16