Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan | School of Humanities

Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) – 3 ½ Tahun

Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan (PPIK) menawarkan program pengajian yang melengkapkan pelajar dengan pemahaman asas tetapi mendalam tentang ciri-ciri utama masyarakat, budaya dan pemikiran. Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) ditawarkan melalui pengkhususan:

  • Linguistik Bahasa Melayu
  • Pengajian Bahasa Inggeris
  • Geografi
  • Kesusasteraan
  • Sejarah

Objektif

  • Untuk memberikan kesedaran bahawa sebarang ilmu yang dipelajari itu hanya merupakan asas kepada proses mencari ilmu yang berterusan seumur hidup.
  • Untuk memberi asas akademik di dalam disiplin yang berkenaan sejajar dengan kandungan ijazah yang dianugerahkan sebagai asas pendidikan yang luas dan menyeluruh.
  • Untuk membekalkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran insaniah termasuk latihan pekerjaan yang sesuai dan untuk melahirkan graduan yang seimbang dan berkemampuan dalam kehidupan dan pekerjaan.

Prospek Kerjaya

  • Guru
  • Pensyarah
  • Pegawai Tadbir
  • Perancang Bandar
  • Kurator
  • Penulis