• Undergraduate-h
  • Programmes
  • Philosophy and Civilisation

Minor Falsafah dan Tamadun

SINOPSIS PROGRAM

Rancangan Minor Falsafah dan Tamadun merangkumi ciri-ciri penting dalam sejarah perkembangan falsafah dan tamadun di dunia.  Ia menerokai corak pemikiran, budaya, cara hidup, dan warisan falsafah tamadun-tamadun Timur dan Barat.  Tumpuan diberikan kepada bidang-bidang seperti agama, seni, psikologi, perkembangan sejarah dan falsafah, termasuklah bidang etika.  

OBJEKTIF PROGRAM PENDIDIKAN

  • Membina pengetahuan pelajar tentang isu-isu falsafah dan tamadun supaya pelajar dapat menghargai nilai intrinsik kedua-dua bidang akademik tersebut.
  • Membekalkan pelajar dengan satu kaedah untuk mengkaji hujah dan tesis yang dibentangkan dalam disiplin-disiplin akademik dengan cara yang lebih kritis dan mantap.
  • Menanam dalam diri pelajar kepekaan terhadap isu-isu moral dalam pelbagai bidang.
  • Melengkapkan pelajar dengan kemahiran insaniah (soft skills), iaitu kemahiran yang menyumbang kepada pelaksanaan tugas secara profesional, berkebolehan, dan bertanggungjawab.  Pembinaan soft skills ini menyerlahkan kepentingan budi pekerti, dan kemahiran antara-perseorangan dan antar-perorangan (inter- and intra-personal qualities).  Kursus-kursus dalam program minor ini, secara langsung dan secara tidak langsung dapat memupuk penerapan kemahiran insaniah tersebut.
  • Memupuk dalam diri pelajar penghayatan terhadap kepentingan falsafah dan tamadun, bukan sahaja dalam kemampuannya untuk membentuk pemikiran,  tetapi lebih-lebih lagi dari segi matlamat bidang ini untuk membawa kepada transformasi hati dan sikap.

HASIL PEMBELAJARAN
Pendidikan sepanjang hayat dan pengurusan informasi

  • Berkemahiran untuk menerokai perkembangan ilmiah dalam bidang falsafah dan tamadun supaya pendidikan sentiasa berlangsung sepanjang hayat.
  • Mempunyai kecekapan dalam pengutipan dan pengurusan informasi secara kumulatif.

Kemahiran berkomunikasi

  • Mempunyai kebolehan bahasa yang dapat menyumbang kepada kemahiran berkomunikasi.
  • Sedia untuk menjana pendapat, menggubal hujah, dan membincang isu-isu penting secara rapi dan teliti.


Pendekatan kemahiran berfikir dan saintifik

  • Mempunyai pemikiran bercorak analitik dan kritis.
  • Kesanggupan untuk melibatkan diri dalam perbincangan ilmiah secara mendalam.
  • Kebolehan untuk menggubal hujah yang utuh.

Kemahiran pengurusan dan keusahawanan

  • Berkemahiran untuk menangani pembelajaran secara berdisiplin.
  • Mempunyai pengurusan masa yang dapat menyumbang kepada perlaksanaan tugas secara berkesan dan cekap.
  • Resourcefulness dalam menghadapi masalah dan mencari penyelesaian.

Pengetahuan

  • Memperolehi pengetahuan tentang falsafah dan pengajian tamadun.
  • Oleh kerana kedua bidang tersebut mempunyai pertindihan dengan bidang-bidang ilmiah yang lain, pengetahuan am yang luas dapat juga di perolehi.

Kemahiran sosial dan bertanggungjawab

  • Mempunyai kemahiran sosial dari segi menghormati cara hidup, budaya, dan kepercayaan orang lain.
  • Mempunyai sikap bertanggungjawab dalam segala tugas dan aktiviti seharian.

Profesionalisma, nilai, sikap dan etika

  • Lebih peka terhadap tugas moral diri sendiri melalui pengetahuan tentang hal-hal moraliti dan sebabnya manusia perlu berkelakuan moral, terutama sekali terhadap orang lain.
  • Dapat menghargai kepentingan sikap profesional dalam pekerjaan.
  • Mempunyai pendedahan kepada bahan-bahan ilmiah yang dapat  mengubah sikap dan sistem nilai seseorang ke arah yang positif.

PRASYARAT

Untuk minor bidang Falsafah dan Tamadun:  Wajib lulus kursus HFA 101/4 -  Pengantar Falsafah sekurang-kurangnya dengan gred C.  Setiap kursus yang ditawarkan di bawah boleh juga diambil sebagai elektif.

SENARAI KURSUS

Bahagian Falsafah dan Tamadun menawarkan pakej program minor sebanyak 20 jam kredit  berikut kepada pelajar dari dalam dan luar Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan:

a.    Untuk pelajar DARI Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan

Kod

Jam kredit

Kursus

A.   Pilih DUA kursus (8 jam kredit) berikut:

HFS 201

4

Pemikiran Islam dan Perubahan Sosial  

HFB 202E

4

Western Philosophy and Modern Thought  

HFM 203

4

Pemikiran dan Tamadun Melayu  

 

 

 

  1. B.SEMUA kursus (12 jam kredit) berikut:

HFK 301

4

Kajian Ketamadunan

HFI 302E

4

Islamic Philosophy  

HFP 303E

4

Asian Thought: Indian, Chinese, and Japanese    

Jumlah

20

 

b.    Untuk pelajar DARI LUAR Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan

Kod

Jam kredit

Kursus

  1. A.Wajib ambil kursus (4 jam kredit) berikut:

HFA 101

4

Pengantar Falsafah

(wajib lulus sekurang-kurangnya gred C)

 

  1. B.Pilih DUA kursus (8 jam kredit) daripada berikut:

HFS 201

4

Pemikiran Islam dan Perubahan Sosial    

HFB 202E

4

Western Philosophy and Modern Thought  

HFM 203

4

Pemikiran dan Tamadun Melayu

 

 

 

  1. C.Pilih DUA kursus (8 jam kredit) daripada berikut:

HFK 301

4

Kajian Ketamadunan

HFI 302E

4

Islamic Philosophy  

HFP 303E

4

Asian Thought: Indian, Chinese, and Japanese  

Jumlah

20