• Undergraduate-h
  • Programmes
  • Malay Language Studies

Minor Pengajian Bahasa Malaysia

Bahagian Bahasa Malaysia menawarkan pakej program minor sebanyak 20 jam kredit berikut kepada pelajar dari dalam dan luar Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan:

a. Untuk pelajar DARI dalam Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan

Kod Jam kredit Kursus
HMT 211 4 Fonetik Bahasa Melayu
atau
HMT 212 4 Fonologi Bahasa Melayu
HMT 223 4 Morfologi Bahasa Melayu
HMT 311 4 Sintaksis Bahasa Melayu
HMT 315 4 Sosiolinguistik
HMT 415 4 Psikolinguistik
Jumlah 20

b. Untuk pelajar DARI LUAR Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan

Kod Jam kredit Kursus

A. Ambil kursus (4 jam kredit) berikut:

HMA 101 4

Pengantar Pengajian Bahasa Malaysia

(wajib lulus sekurang-kurangnya dengan gred C)

B. Pilih DUA kursus (8 jam kredit) daripada berikut:

HMT 211 4 Fonetik Bahasa Melayu
HMT 212 4 Fonologi Bahasa Melayu
HMT 223 4 Morfologi Bahasa Melayu
HMT 311 4 Sintaksis Bahasa Melayu
HMT 321 4

Semantik Bahasa Melayu

C. Pilih DUA kursus (8 jam kredit) daripada berikut:

HMT 313 4 Sejarah Perkembangan Linguistik Bahasa Melayu
HMT 314 4 Pragmatik
HMT 315 4 Sosiolinguistik
HMT 415 4 Psikolinguistik
Jumlah 20

Nota: Pelajar perlu pastikan bidang Minor yang dipilih bukanlah dari bidang yang sama dengan bidang Major pelajar. Sebagai contoh, pelajar yang bermajor dalam bidang Pengajian Bahasa Malaysia tidak dibenarkan berminor dalam Pengajian Bahasa Malaysia.

 

SINOPSIS PENGAJIAN BAHASA MALAYSIA

 

HMT 211/4         FONETIK BAHASA MELAYU

Kursus ini meneliti fonetik bahasa Melayu dari aspek: a)  fonetik artikulatori dan (b) fonetik akustik. Antara tajuk yang dibincangkan merangkumi pengertian bunyi bahasa (bunyi-bunyi segmental dan suprasegmental) dan perbezaan bunyi bahasa dengan bunyi-bunyi lain. Kursus ini juga meneliti struktur suku kata dalam bahasa Melayu dan kedudukan tekanan (walaupun tidak signifikan)  serta pola intonasi dalam frasa, klausa dan ayat.  Aspek perbezaan transkripsi sempit dan transkripsi luas juga dibincangkan. Kursus ini juga akan membincangkan hubungan segmen bunyi bahasa (konsonan, vokal dan diftong) dari aspek fitur-fitur distingtif dan meneliti perbezaan antara kumpulan bunyi segmental dari segi kualiti dan daerah artikulasi bunyi.

 

HMT 212/4         FONOLOGI BAHASA MELAYU

Kursus ini memberikan  tumpuan pada fonologi generatif dengan melihat aspek teori fonologi dan proses fonologi bahasa Melayu. Antara teori yang akan disentuh ialah pendekatan atur rumus dan teori autosegmental. Berdasarkan teori yang disebutkan, proses-proses fonologi yang berlaku dalam bahasa Melayu dan dialek Melayu di Nusantara akan dianalisis.

 

HMT 223/4         MORFOLOGI BAHASA MELAYU

Kursus ini membincangkan konsep-konsep asas dalam bidang morfologi dengan rujukan khusus kepada bahasa Melayu mengikut kerangka tatabahasa generatif. Aspek morfo-fonologi dan morfo-sintaksis akan turut dibincangkan. Pelajar juga akan didedahkan kepada perisian tertentu dan  teknik membina korpus bagi tujuan analisis morfologi.

 

HMT 311/4         SINTAKSIS BAHASA MELAYU

Kursus ini merupakan kursus pengenalan kepada bidang sintaksis dengan rujukan khusus kepada bahasa Melayu. Aspek sintaksis yang akan dibincangkan termasuklah peranan leksikon dan struktur argumen; kategori sintaksis;  kategori nahuan (penanda tatabahasa); binaan frasa; urutan dan ujian konstituen; ayat mudah dan ayat kompleks; ayat dasar, ayat terbitan dan jenis ayat; representasi frasa dan ayat; aspek kegramatisan ayat; dan konsep tatabahasa preskriptif dan deskriptif. Huraian mengenai aspek sintaksis bahasa Melayu dalam kursus ini merangkumi pemerian deskriptif dengan sedikit analisis dan argumentasi dari perspektif linguistik generatif. Perisian tertentu dan teknik membina korpus bagi tujuan analisis sintaksis juga akan diperkenalkan.

 

HMT 315/4         SOSIOLINGUISTIK

Kursus  ini   membincangkan   aspek-aspek berkaitan bahasa dan hubungannya dengan masyarakat (atau komuniti) bahasa, khususnya di Malaysia. Hubungan ini memperlihatkan sama ada bahasa mempengaruhi masyarakat atau sebaliknya.  Secara khusus kursus ini bertujuan untuk memperkenalkan pelajar kepada konsep asas dan beberapa pendekatan teoretis serta metodologi sosiolinguistik. Oleh hal yang demikian di samping pemahaman terhadap konsep sosiolinguistik, beberapa teori yang berkaitan dengan subdisiplin ini akan dibincangkan dan diterapkan penggunaannya untuk menganalisis data bahasa Melayu dan bahasa lain.

 

HMT 415/4         PSIKOLINGUISTIK

Kursus ini merupakan  kursus kontemporari psikolinguistik peringkat pengenalan yang merangkumi  konsep-konsep asas domain penyelidikan psikolinguistik. Psikolinguistik merupakan suatu bidang yang mengkaji cara bahasa dipelajari dan peranannya dalam pemikiran kita. Psikolinguistik bertapak dalam linguistik struktur dari satu segi dan psikologi eksperimental dan kognitif, sebaliknya. Disiplin ini juga mempunyai kaitan rapat dengan set disiplin lain, umpamanya fonetik, antropologi atau neurosains. Kursus ini juga akan menyentuh proses-proses mental yang terlibat dalam penghasilan, pemahaman dan pemerolehan bahasa, selain hubung kait antara bahasa, pemikiran dan kebudayaan (antropologi kognitif), gangguan bahasa dan neurokognisi.

 

HMA 101/4         PENGANTAR BAHASA MALAYSIA

Kursus ini bertujuan untuk memperkenalkan beberapa aspek berhubung dengan pengkajian bahasa Melayu secara ilmiah.  Aspek yang dibincangkan merangkumi aspek nahu bahasa Melayu, iaitu sistem bunyi, sistem binaan kata, sistem binaan ayat dan sistem kajian makna.  Pelajar juga akan didedahkan kepada konsep bahasa sebagai sistem komunikasi dan penggunaan bahasa dalam keadaan sebenar.

 

HMT 321/4         SEMANTIK BAHASA MELAYU

Kursus ini membincangkan konsep asas semantik leksikal, semantik ayat dan pendekatan-pendekatan makna dalam sistem tatabahasa bahasa Melayu. Topik-topik merangkumi makna kata, hubungan semantik antara kata, makna ayat, hubungan semantik antara ayat, dan pendekatan-pendekatan semantik. Kaitan konsep asas semantik dengan pengetahuan dan budaya penutur akan turut dibincangkan.

 

HMT 313/4         SEJARAH PERKEMBANGAN LINGUISTIK BAHASA MELAYU

Kursus ini membincangkan perkembangan aspek linguistik (antaranya leksikal, fonetik, fonologi, nahu dan lain-lain) bahasa Melayu di Malaysia pada zaman prasejarah dan zaman sejarah yang melibatkan perkembangan sekurang-kurangnya empat tahap bahasa Melayu, iaitu bahasa Melayu purba, bahasa Melayu kuno, bahasa Melayu klasik, dan bahasa Melayu moden hingga ke bahasa Melayu tinggi. Dua peringkat perkembangan bahasa yang akan diberi perhatian ialah perkembangan bahasa di Malaysia dan pada peringkat antarabangsa.

 

HMT 314/4         PRAGMATIK

Kursus  ini meliputi bidang pragmatik yang mengkaji penggunaan bahasa dalam konteks dan pergantungan pelbagai aspek penghasilan dan interpretasi linguistik kepada konteks. Kursus ini juga akan membincangkan beberapa pendekatan pragmatik yang digunakan dalam menganalisis penghasilan dan penginterpretasian ujaran,  antaranya  implikatur pertuturan,  teori lakuan bahasa,  maksim kerjasama  dan kesantunan berbahasa.