• Undergraduate-h
  • Programmes
  • Islamic Studies

Minor Pengajian Islam

SINOPSIS PROGRAM

Program ini bertujuan untuk memahamkan para pelajar tentang isi kandungan ajaran Islam secara lengkap dan komprehensif seperti yang terdapat dalam al-Qur’an, al-hadith dan lain-lain sumber yang diiktiraf. Semua aspek utama ajaran Islam seperti akidah, syariah dan akhlak serta pecahannya yang lain seperti ibadah, muamalah, munakahah dan jinayah dan juga pemakaian prinsip-prinsip Islam dalam pelbagai sektor kehidupan seperti politik, ekonomi dan sosial  ditonjolkan kepada pelajar sesuai dengan tahap pendidikan mereka di universiti. Setiap tajuk dan perbincangan yang dilakukan akan dikaitkan dengan contoh-contoh suasana kehidupan semasa dan kontemporari. Melalui program ini, para pelajar akan dapat memahami maksud dan isi kandungan ajaran Islam yang sebenarnya sebagai persediaan untuk mendalami bidang ini seterusnya dan juga untuk dihayati dalam kehidupan seharian.


OBJEKTIF PROGRAM PENDIDIKAN

Untuk melahirkan graduan yang:

  • Mempunyai pegangan akidah yang kukuh dan sahih, penghayatan syariah yang komited dan akhlak yang luhur.
  • Mempunyai kefahaman yang betul tentang ajaran Islam.
  • Mempunyai kestabilan jasmani, rohani dan emosi yang baik.
  • Sentiasa bersedia memberi sumbangan yang berguna kepada masyarakat, negara dan kemanusiaan seluruhnya.

HASIL PEMBELAJARAN

Pendidikan sepanjang hayat dan pengurusan informasi

  • Mempunyai kemahiran ICT dan pengumpulan maklumat yang dinamik dan berterusan
  • Pemahaman dan penghayatan yang betul dan kukuh terhadap akidah, syariah dan akhlak Islam sebagai teras untuk pengajian seterusnya.

Kemahiran berkomunikasi

  • Mempunyai kemahiran dan tahu tentang pendekatan dalam pembentangan lisan dan perbincangan intelektual.
  • Mempunyai kemahiran dan keupayaan untuk berkomunikasi dan menyampaikan mesej Islam secara penuh hikmah dan berkesan kepada pelbagai lapisan masyarakat merentasi sempadan tahap pendidikan, sosio ekonomi, bahasa, bangsa, budaya dan agama.

Kemahiran pengurusan dan keusahawanan

  • Menghayati budaya pengurusan dan keusahawanan yang tinggi dan mulia seperti yang diajarkan dalam al-Qur’an dan al-sunnah.
  • Mempunyai kemahiran pengurusan diri (dalaman dan luaran), masyarakat dan alam secara baik menurut hukum-hakam syariat Islam.
  • Menghayati konsep keusahawanan dalam konteks yang luas tanpa terhad kepada keusahawanan ekonomi dan kewangan semata-mata. Ia juga meliputi keusahawanan sosial dan politik yang menekankan budaya bekerja kuat dan komited bagi membawa kebaikan dan menolak keburukan.
  • Mempunyai pengetahuan dan kemahiran menguruskan masa

Pengetahuan

  • Mempunyai pengetahuan yang mencukupi tentang ajaran Islam yang lengkap dan kaitannya dengan perjalanan hidup manusia di alam ini.
  • Memahami tentang kepentingan ilmu pengetahuan dalam kehidupan dan sentiasa bermotivasi untuk berusaha mencari dan menambahkan ilmu.  


Kemahiran sosial dan bertanggungjawab

  • Mempunyai kesedaran tentang tanggungjawab dan kemahiran sosial yang baik dan sesuai dengan sistem nilai dan hukum-hakam ajaran Islam.  


Profesionalisme, nilai, sikap dan etika

  • Menghayati nilai, sikap dan etika yang baik dan profesional dalam kehidupan seperti yang diajarkan oleh Islam.

PRASYARAT

Untuk minor bidang Pengajian Islam: Wajib lulus kursus HIA 101/4 -Pengajian Islam sekurang-kurangnya dengan gred C.

SENARAI KURSUS
    
Bahagian Pengajian Islam menawarkan pakej program minor sebanyak 20 jam kredit  berikut kepada pelajar dari dalam dan luar Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan:

a.    Untuk pelajar DARI Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan

Kod

Jam kredit

Kursus

  1. A.TIGA kursus (12 jam kredit) berikut:

HIU 123

4

‘Aqidah Islamiyyah: Konsep dan Penghayatan

HIS 213

4

Sumber dan Prinsip Perundangan Islam

HIU 226

4

Akhlak dan Kerohanian Islam

  1. B.Pilih DUA (8 jam kredit) berikut:

HIS 224

4

Institusi Kekeluargaan Islam

HIS 311

4

Zakat dan Wakaf

HIS 315

4

Mu‘amalat: Konsep dan Pelaksanaan

HIU 321

4

Al-Qur’an, Tauhid dan Sains

Jumlah

20

b.    Untuk pelajar DARI LUAR Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan

Kod

Jam kredit

Kursus

  1. A.TIGA kursus (12 jam kredit) berikut:

HIA 101

4

Pengantar Pengajian Islam

HIU 123

4

‘Aqidah Islamiyyah: Konsep dan Penghayatan

HIS 213

4

Sumber dan Prinsip Perundangan Islam

  1. B.Pilih DUA kursus (8 jam kredit) berikut:

HIS 224

4

Institusi Kekeluargaan Islam

HIU 226

4

Akhlak dan Kerohanian Islam

HIS 311

4

Zakat dan Wakaf

HIS 315

4

Mu‘amalat: Konsep dan Pelaksanaan

HIU 321

4

Al-Qur’an, Tauhid dan Sains

Jumlah

20