• Undergraduate-h
  • Minor
  • Philosophy and Civilisation

Pakej Minor Falsafah dan Tamadun

Bahagian Falsafah dan Tamadun menawarkan pakej program minor sebanyak 20 jam kredit berikut kepada pelajar dari dalam dan luar Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan:

a. Untuk pelajar DARI Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan

Kod Jam kredit Kursus
A.   Pilih DUA kursus (8 jam kredit) berikut:
HFS 201 4 Pemikiran Islam dan Perubahan Sosial    
HFB 202E 4 Western Philosophy and Modern Thought  
HFM 203 4 Pemikiran dan Tamadun Melayu  

B. SEMUA kursus (12 jam kredit) berikut:

HFK 301 4 Kajian Ketamadunan
HFI 302E 4 Islamic Philosophy  
HFP 303E 4 Asian Thought: Indian, Chinese and Japanese  
Jumlah 20
       

b. Untuk pelajar DARI LUAR Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan

Kod Jam kredit Kursus

A. Wajib ambil kursus (4 jam kredit) berikut:

HFA 101 4

Pengantar Falsafah

(wajib lulus sekurang-kurangnya gred C)

B. Pilih DUA kursus (8 jam kredit) daripada berikut:

HFS 201 4 Pemikiran Islam dan Perubahan Sosial  
HFB 202E 4 Western Philosophy and Modern Thought    
HFM 203 4 Pemikiran dan Tamadun Melayu

C. Pilih DUA kursus (8 jam kredit) daripada berikut:

HFK 301 4 Kajian Ketamadunan
HFI 302E 4 Islamic Philosophy  
HFP 303E 4 Asian Thought: Indian, Chinese and Japanese  
Jumlah 20

 

SINOPSIS FALSAFAH DAN TAMADUN

 

 HFS 201/4         PEMIKIRAN ISLAM DAN PERUBAHAN SOSIAL

Pemikiran Islam dan Perubahan Sosial adalah sebuah kursus yang dirangka khusus untuk menyediakan satu pengetahuan dan kefahaman bagaimana idea-idea oleh pemikir-pemikir besar Islam mempunyai kerelevanan yang begitu rapat dengan perubahan sosial yang ada pada hari ini. Kursus ini merupakan satu platform bagi pelajar untuk mengetahui bagaimana Islam menyediakan penyelesaian untuk isu –isu yang bersifat global dan lokal yang dihadapi pada hari ini.

 

HFB 202E/4      WESTERN PHILOSOPHY AND MODERN THOUGHT

The course aims to make students understand the contributions of the philosophers of the West to modern thought. Through an examination of some of the major ideas put forth by Western philosophers such as Descartes, Locke, Hume, Kant, Comte, Nietzsche and Kierkegaard students will gain an understanding of the foundations laid by these philosophers to modern thought such as rationalism, empiricism, positivism, individualism and nihilism.

 

HFM 203/4        PEMIKIRAN DAN TAMDUN MELAYU

Kursus ini bertujuan untuk memahami pembentukan pemikiran dan Tamadun Melayu dari  aspek-aspek sejarah, agama dan kepercayaan, falsafah dan pandangan dunia, bahasa, kesusasteraan dan kesenian. Beberapa fasa dan aliran pemikiran Melayu dikaji dan dibincangkan. Isu dan cabaran semasa juga akan turut diberi perhatian.

 

HFK 301/4        KAJIAN KETAMADUNAN

Kursus ini bertujuan memperkenalkan para pelajar kepada kerangka teori perkembangan dan kemusnahan tamadun. Faktor-faktor yang menyumbang kepada perkembangan dan kemusnahan sesebuah tamadun juga akan dikaji dan dianalisis. Pemikiran dan idea-idea mengenai isu-isu ketamadunan daripada pelbagai perspektif turut diketengahkan.

  

HFI 302E/4       ISLAMIC PHILOSOPHY

The course aims to provide students with a basic understanding of the historical development of Islamic philosophy from its early stages to the present era.  Areas of inquiry included in this course are:

  1. The essential writings and ideas of reknown Islamic thinkers such as al-Farabi, Ibn Sina, al-Ghazali, Ibn Rushd, Suhrawardi, and Mulla Sadra.
  2. Vibrant city-centres that play host to the flourishing of Islamic philosophy: Baghdad, Cordoba, and Isfahan.
  3. Prominent and influential schools of thought in the history of Islamic philosophy such as the Masha’iyyah, al-Hikmah al-Ishraqiyyah, and al-Hikmah al-Muta’aliyyah.
  4. The relation between Islamic philosophy and the other areas of Islamic thought, especially science, theology, and mysticism in the past and present.

 

HFP 303E/4      ASIAN THOUGHT: INDIAN, CHINESE, AND JAPANESE

This course encompasses the essentials of Indian, Chinese, and Japanese thought. Special attention is given to the philosophical and religious traditions of Hinduism, Buddhism, Daoism, Confucianism, and Shinto. Inherent in these diverse systems of thought are many meeting points and divergences amongst them, as well as distinct individual features. All these elements come to bear upon the crafting of what is considered to be the ideals of life.

 

HFA 101/4        PENGANTAR FALSAFAH

Tujuan kursus ini adalah untuk memperkenalkan pelajar kepada bidang-bidang yang penting dalam pengajian falsafah seperti metafizik, epistemologi, falsafah moral, dan agama. Pendedahan pelajar kepada pelbagai bidang tersebut adalah melalui perbincangan isu-isu asas dalam pembicaraan falsafah seperti sumber dan asas ilmu manusia, kejadian dan struktur alam atau kosmos, konsep kebenaran, kebaikan dan keindahan.  Isu-isu falsafah ini akan dikaji dalam konteks tradisi falsafah Yunani, Islam, Asia, dan Barat.