• Undergraduate-h
  • Minor
  • Literature

Minor Kesusasteraan

Bahagian Kesusasteraan menawarkan pakej program minor sebanyak 20 jam kredit  berikut kepada pelajar dari dalam dan luar Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan:

a. Untuk pelajar DARI Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan

Kod Jam kredit Kursus
A.   Pilih DUA kursus (8 jam kredit) berikut:
HKT 204 3 Kritikan Sastera, Media dan Budaya
HKN 210 3 Kesusasteraan Tradisional Nusantara
HKN 209 3 Tradisi dan Modeniti dalam Fiksyen Nusantara
HKB 207 3 Manusia dan Alam Dalam Karya Pilihan Kesusasteraan Asia
HKB 318 4 Kesusasteraan, Filem dan Media Baru
HKB 319 4 Fiksyen Sains dan Media Baru
Jumlah 20
       

b. Untuk pelajar DARI LUAR Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan

Kod Jam kredit Kursus
A.   Pilih DUA kursus (8 jam kredit) berikut:
HKA 201 4

Pengantar Kesusasteraan

(wajib lulus sekurang-kurangnya gred C)
HKT 204 3 Kritikan Sastera, Media dan Budaya
HKN 210 3 Kesusasteraan Tradisional Nusantara
HKN 209 3 Tradisi dan Modeniti dalam Fiksyen Nusantara
HKB 207 3 Manusia dan Alam Dalam Karya Pilihan Kesusasteraan Asia
HKB 318 4 Kesusasteraan, Filem dan Media Baru
Jumlah 20  

Nota: Pelajar perlu pastikan bidang Minor yang dipilih bukanlah dari bidang yang sama dengan bidang Major pelajar. Sebagai contoh, pelajar yang bermajor dalam bidang Pengajian Bahasa Malaysia tidak dibenarkan berminor dalam Pengajian Bahasa Malaysia.

 

SINOPSIS BAHAGIAN KESUSASTERAAN

 

HKT 204/3        KRITIKAN SASTERA, MEDIA DAN BUDAYA

Kursus ini  bertujuan  menjelaskan kepada pelajar tentang maksud teori dan kritikan sastera, serta sejarah perkembangannya.  Kursus ini membolehkan pelajar memahami jenis-jenis kritikan sastera dan pendekatan yang digunakan. Pada akhir kursus, pelajar akan mampu berhujah dan membuat kritikan terhadap teks sastera yang dipilih mengikut pendekatan secara klasik ataupun kontemporari.

 

HKN 210/3        KESUSASTERAAN TRADISIONAL NUSANTARA

Kursus ini membincangkan kesusasteraan Melayu tradisional di Nusantara merangkumi genre puisi dan prosa. Penekanan akan diberikan terhadap karya-karya utama yang lahir dalam sejarah kesusasteraan masyarakat Nusantara, khususnya dalam lingkungan abad ke-16 sehingga awal abad ke-18, terutamanya dari genre sastera rakyat, hikayat, sejarah, epik, ketatanegaraan, undang-undang dan keagamaan. Perbincangan bercorak perbandingan dalam konteks Nusantara merangkumi tradisi penulisan, kepengarangan, unsur-unsur budaya dan pengaruh Islam.  Kandungan kursus akhirnya akan menjurus kepada pengetahuan pelajar tentang peranan dan kepentingan hasil kesusasteraan tradisional sebagai asas pembinaan tamadun bagi masyarakat Melayu di Nusantara.

 

HKN 209/3        TRADISI DAN MODENITI DALAM FIKSYEN NUSANTARA

Kursus ini ditawarkan bagi pakej major dan minor dalam bidang pengajian Kesusasteraan. Tujuan kursus ini ialah untuk memberi tumpuan kepada  karya fiskyen Nusantara, iaitu drama, cerpen, teater dan novel. Setiap   genre ini mewakili dua buah negara, iaitu Indonesia dan Malaysia. Objektif kursus ini adalah untuk  membentuk pemikiran kritis dalam kalangan pelajar bagi memahami isu-isu dan fenomena yang digambarkan  pengarang dalam genre kesusasteraan. Pada akhir kursus ini,  para pelajar akan dapat membincangkan secara kritis tentang tema dan permasalahan manusia dan kemanusiaan di Nusantara.

 

HKB 207/3        MANUSIA DAN ALAM DALAM KARYA TERPILIH KESUSASTERAAN ASIA

Kursus ini menganalisis tentang kisah hubungan manusia dengan alam. Melalui mata pengarang yang peka, kehidupan manusia sering diperlihatkan begitu akrab dan  harmoni dengan alam. Akan tetapi, terdapat juga karya yang memaparkan ”kemarahan” alam terhadap tindakan manusia kerana menguasai dan mengeksploitasinya secara berlebih-lebihan atas nama pembangunan ekonomi, keperluan sains dan teknologi atau sebagainya. Oleh itu, kursus ini akan melihat corak hubungan tersebut serta mempamerkan kesan yang timbul ekoran daripada corak perhubungan tersebut, sama ada yang bersifat positif mahupun yang negatif melalui beberapa buah karya kesusasteraan Asia  yang terpilih.  Pada akhir kursus ini, pelajar akan lebih menghargai alam sekitar untuk kehidupan yang lebih harmonis, bahagia dan lestari.

 

HKB 318/4        KESUSASTERAAN, FILEM DAN MEDIA BAHARU

Kursus ini bertujuan mengkaji hubungan kesusasteraan dengan filem dan media lain seperti karikatur, kartun, komik dan animasi melalui adaptasi. Pelajar akan mempelajari bagaimana peringkat-peringkat adaptasi itu terjadi dan proses yang terlibat. Seterusnya menilai adaptasi dan transformasi yang terjadi apabila karya sastera itu dipindahkan ke medium yang berlainan seperti medium filem, kartunl, komik dan media baru. Pada akhir kursus, pelajar akan mampu memahami dan menilai secara kritis hubungan antara kesusasteraan dengan filem dan media baharu melalui kajian adaptasi.

HKB 319/4        FIKSYEN SAINS DAN MEDIA BAHARU

Kursus ini bertujuan membincangkan perkembangna cerka klasik dan kontemporari. Perkembangan ini dihubungkan dengan perkembangan isi dan cara penyampaian. Karya cereka sains yang terpilih akan dikaji daripada segi genre dan perkembangannyaserta medium penyampaiannya. Kursus ini juga memperkenalkan pelajar kepada adaptasi cereka sains ke dalam pelbagai media lama dan baru seperti filem, televisyen, komik, internet dan permainan video. Pada akhir kursus, pelajar bukan sahaja mampu memahami genre kesusasteraan ini, malah mendapat kemahiran teknikal/ praktikal/ psikomotor tentang penggunaan komputer, ICT dan media baharu.

 

HKA 101/4        PENGANTAR KESUSASTERAAN

Kursus ini memperkenalkan perkara-perkara asas dalam kesusasteraan bandingan dan media sebagai satu disiplin yang khusus. Pelajar yang ingin mengkhusus dalam bidang kesusasteraan perlu mendaftar dan lulus kursus ini. Objektif kursus ini adalah untuk  memberi pendedahan awal kepada pelajar tentang skop dan konsep  asas dalam kajian kesusasteraan, kesusasteraan bandingan,  media dan sastera digital. Pelajar  akan diperkenalkan kepada makna kesusasteraan bandingan dan perbezaan-perbezaan yang wujud antara kajian sastera berbanding dengan kreativiti dan penghayatan. Keutamaan akan diberikan kepada  pendekatan dan  prinsip penilaian hasil kesusasteraan  berdasarkan karya-karya kesusasteraan Melayu dan kesusasteraan dunia yang lainnya.  Pada akhir kursus pelajar dapat menganalisis serta mengaplikasi prinsip-prinsip ilmu kesusasteraan ini terhadap  karya kesusasteraan.