• Undergraduate-h
  • Minor
  • Islamic Studies

Pakej Minor Pengajian Islam

Bahagian Pengajian Islam menawarkan pakej program minor sebanyak 20 jam kredit berikut kepada pelajar dari dalam dan luar Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan:

a. Untuk pelajar DARI Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan

Kod Jam kredit Kursus

A. TIGA kursus (12 jam kredit) berikut:

HIU 123 4 ‘Aqidah Islamiyyah: Konsep dan Penghayatan
HIS 213 4 Sumber dan Prinsip Perundangan Islam
HIU 226 4 Akhlak dan Kerohanian Islam

B. Pilih DUA (8 jam kredit) berikut:

HIS 224 4 Institusi Kekeluargaan Islam
HIS 315 4 Mu‘amalat: Konsep dan Pelaksanaan
HIU 321 4 Al-Quran, Tauhid dan Sains
Jumlah 20

b. Untuk pelajar DARI LUAR Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan

Kod Jam kredit Kursus

A. TIGA kursus (12 jam kredit) berikut:

HIA 101 4 Pengantar Pengajian Islam
HIU 123 4 ‘Aqidah Islamiyyah: Konsep dan Penghayatan
HIS 213 4 Sumber dan Prinsip Perundangan Islam

B. Pilih DUA kursus (8 jam kredit) berikut:

HIS 224 4 Institusi Kekeluargaan Islam
HIU 226 4 Akhlak dan Kerohanian Islam
HIS 315 4 Mu‘amalat: Konsep dan Pelaksanaan
HIU 321 4 Al-Quran, Tauhid dan Sains
Jumlah 20

 

 

SINOPSIS PENGAJIAN ISLAM

 

 HIU 123/4         ‘AQIDAH ISLAMIYYAH: KONSEP DAN PENGHAYATAN

Kursus ini bertujuan untuk menyediakan para pelajar dengan teori, konsep dan aplikasi akidah Islam dalam konteks masyarakat semasa. Kursus ini merangkumi tiga skop pengajian akidah asas: konsep Tauhid (Allah dan al-Qadar), konsep Risalah (Rasul Allah, Kitab Allah dan alam ghaib) dan konsep akhirat (alam barzakh dan hari kiamat). Pelajar turut diberikan pendedahan tentang isu-isu semasa akidah Islam dalam konteks situasi masyarakat yang sebenar. 

 

HIS 213/4         SUMBER DAN PRINSIP PERUNDANGAN ISLAM

Kursus ini menumpukan kepada perbincangan khusus sekitar perkara-perkara yang berkaitan dengan pengajian syariah yang dianggap sebagai teras kepada pengajian Islam umumnya. Setiap pelajar yang berminor Pengajian Islam diwajibkan mengambil dan lulus kursus ini. Secara umumnya, kursus ini akan memberikan kefahaman asas tentang sumber-sumber hukum syariat Islam dan prinsip.

 

HIU 226/4         AKHLAK DAN KEROHANIAN ISLAM

Kursus ini mengupas maksud nilai-nilai murni dan akhlak mulia serta sebab-sebab keperluannya  dalam kehidupan umat manusia.  Tpoik seterusnya meliputi  perbincangan-perbincangan mengenai cara-cara yang disarankan oleh Islam bagi usaha menyemai dan memupuk nilai-nilai murni pada diri, keluarga dan masyarakat hingga menjadi tabi’at dan budaya dalam kehidupan. Semua topik dan penekanan dalam kursus ini didasarkan kepada petunjuk al-Quran dan al-Hadith, amalan para Sahabat Rasulullah s.a.w., pendapat dan pandangan para ulama Islam yang muktabar, pengalaman dan percubaan, rumusan-rumusan daripada kajian-kajian ilmiah dan sebagainya.

 

HIS 224/4         INSTITUSI KEKELUARGAAN ISLAM

Kursus ini membincangkan tentang sistem kekeluargaan menurut nas-nas Islam. Dalam kursus ini akan dibincangkan hukum-hakam syarak yang membabitkan sistem kekeluargaan. Ia juga akan membahaskan hikmah daripada perundangan syarak berkenaan yang membawa kepada pembentukan sistem keluarga bahagia yang mentaati arahan Islam.

 

HIS 315/4         MUAMALAT: KONSEP DAN PELAKSANAAN

Muamalat ialah suatu kursus yang membicarakan tentang sistem  perundangan perniagaan dan pengurusannya dalam konteks ekonomi Islam. Ia merangkumi perbahasan mengenai kerangka teori dan falsafah perniagaan dan pengurusannya mengikut perspektif Islam, peraturan dan perundangan perniagaan, bentuk aplikasi dan juga institusi-institusi yang terlibat dalam melaksanakan sistem muamalat atau perniagaan Islam seperti perbankan, insuran, pelaburan Islam dan sebagainya.

 

 HIU 321/4         AL-QUR’AN, TAUHID DAN SAINS

Kursus ini memberi tumpuan kepada perbincangan al-Qur’an dan sains meliputi kejadian alam semesta, manusia dan makhluk lain. Penemuan sains semasa akan dihubungkan dengan keterangan  daripada  al-Qur’an bagi membuktikan kebenaran ajaran Islam dan meningkatkan keimanan para pelajar kepada Allah. Falsafah tauhid juga akan turut ditekankan dalam subjek ini bagi memberi kesan langsung dari sudut kefahaman mengenai konsep kesepaduan ilmu sains dan ajaran agama Islam.

 

HIA 101/4            PENGANTAR PENGAJIAN ISLAM

Kursus ini memberi kefahaman asas tentang beberapa aspek berkaitan sumber asasi pengajian Islam dan perkembangan pengajian Islam. Sumber asasi pengajian Islam yang akan dibincangkan ialah al-Quran, al-Sunnah dan ijtihad. Kemudian kuliah akan melanjutkan perbahasannya kepada hal-hal yang berkaitan dengan perkembangan pengajian Islam seperti mazhab fiqh, undang-undang jenayah Islam, undang-undang keluarga Islam, muamalat Islam dan metodologi dakwah. Kursus juga akan mengemukakan perbincangan tentang beberapa isu semasa dalam Islam.