• Postgraduate-h
  • Master of Arts (Southeast Asian History)

Sarjana Sastera Sejarah Asia Tenggara


MASTER OF ARTS (SOUTHEAST ASIAN HISTORY)

PengenalanIntroduction
Keperluan  PengijazahanGraduation Requirement
Penawaran Kursus / Course Offering
Sinopsis KursusSynopses of Courses


Pengenalan  / Introduction

Program Sarjana Sastera (Sejarah Asia Tenggara) bertujuan untuk memenuhi keperluan pelajar-pelajar siswazah yang berhasrat untuk menyambung pengajian mereka dalam bidang sejarah secara komprehensif melalui komponen kursus dan disertasi. Program ini dirancangkan dengan penekanan kepada fleksibiliti yang didasarkan kepada komponen disertasi yang membolehkan para pelajar menjalankan penyelidikan dalam pelbagai bidang yang berkaitan dengan minat, kebolehan dan pengalaman ilmiah masing-masing. Para pelajar yang berminat untuk mengikuti program ini boleh memilih sama ada untuk berdaftar secara penuh masa atau sambilan. Dengan pemilihan ini membolehkan mereka menyusun atur jadual peribadi dan jadual belajar sebaik mungkin. Program ini dijalankan melalui mod-campuran yang melibatkan kerja kursus dan penyelidikan. Semua pelajar mesti menyediakan tugasan, terlibat dalam kelas tutorial dan peperiksaan bertulis di samping menghadiri kuliah. Program ini dikendalikan dalam Bahasa Malaysia (Bahasa Melayu) pada keseluruhannya.

The Master of Arts (Southeast Asian History) aimed at fufilling the ambitions of postgraduate students for continuing their comprehensive studies in the discipline of history through the components of coursework and dissertation. This programme is designed to be flexible based on the dissertation component that enabled students to undertake research in various disciplines relating to their interest, ability and respective academic experiences. Students interested in this programme can register either as full-time or part-time. With this selection it enabled them to arrange their personal and study schedule the best they could. This programme is conducted in mixed-mode involving course work and research. All students are required to prepare an assignment, involved in tutorial classes and written examination apart from attending lectures. This programme is conducted in Bahasa Malaysia (Malay language) throughout.


Keperluan Pengijazahan  / Graduation Requirement

Jenis Kursus / Type of Courses

Keperluan   Unit / Required Credit Hours

 Teras / Core

16

 Kursus Pilihan   / Optional Courses

4

 Disertasi / Dissertation

20

 Jumlah  / Total

40

 Penawaran Kursus  / Course Offering

Kursus / Course

% CW

% EW

Sem I

Sem II

HSK 501/4

Teori dan Kaedah Penyelidikan dalam Ilmu Sejarah

Theory and Research Methods in History

50

50

-

HSM 502/4

Sejarah Politik Malaysia

Political History of Malaysia

50

50

-

HST 504/4

Sejarah Asia Tenggara Abad ke-20

Twentieth Century Southeast Asian History

50

50

-

HSM 503/4

Sejarah Sosio-Ekonomi Malaysia

Socio-Economic History of Malaysia

50

50

-

SAMA ADA / EITHER

* HSA 505/4

Sejarah Asia: Intelektual dan Arus Perubahan

  Asian History: Intellectuals and the Current of Change

50

50

-

atau / or

50

50

-

*HSB 508/4

Asia Tenggara dalam Sejarah Antarabangsa

Southeast Asia in International History

HSB 507/20

Disertasi / Dissertation

100

-

Petunjuk  /  Legend  :
CW   -   Kerja Kursus  / Course Work
EW   -   Penilaian Peperiksaan  / Examination Assessment
* Kursus Pilihan  / Optional Courses

SINOPSIS KURSUS  / SYNOPSES OF COURSES

HSA 505/4     Sejarah Asia: Intelektual dan Arus Perubahan
                      Asian History: Intellectuals and the Current of Change

Kursus ini bertujuan untuk mengembangkan pengetahuan pelajar tentang perubahan sosio ekonomi dan politik yang telah mempengaruhi pengubalan dasar di negara-negara Asia. Kursus ini akan membincangkan perubahan dalam masyarakat termasuk modenisasi dan sikap golongan intelek tempatan serta golongan rakyat bawahan  (subaltern) terhadap fenomena ini dengan perbincangan bertumpu kepada Asia Barat, Asia Selatan dan Asia Timur. Perbincangan kursus juga akan dilakukan secara perbandingan bermula pada  pertengahan abad ke-19 hingga pertengahan abad ke-20. Aspek historiografi dan  perbandingan diberi penekanan dalam kursus ini.

This course aims at broadening the understanding of the students on the socioeconomic and political changes that have influenced the policies of the Asian countries. It discusses the evolution that had occurred in the society, including modernization, and the reaction of local intellectuals as well as the subaltern groups towards this phenomenon. The focus is on West Asia, South Asia and East Asia. Discussion will also be done on comparative basis beginning in the middle of the 19th century to the middle of the 20th century. Aspects of historiography and comparison will be given emphasis in this course.

HSB 508/4     Asia Tenggara dalam Sejarah Antarabangsa
                      Southeast Asia in International History

Asia Tenggara merupakan wilayah yang strategik di benua Asia dengan kedudukannya yang menghubungkan antara wilayah-wilayah Asia Barat, Asia Selatan dan Asia Timur. Justeru, rantau ini telah menarik minat dan campurtangan kuasa-kuasa besar dunia, yang kemudiannya membentuk kepelbagaian hubungan antarabangsa dan peristiwa diplomatik yang mempengaruhi perjalanan dan pembangunan sejarah di rantau ini. Kursus ini menyelidiki perubahan-perubahan dan pembangunan penting yang telah mencorakkan sejarah antarabangsa di Asia Tenggara serta peranan rantau ini dalam sejarah diplomatik dunia pada abad ke 19 dan ke 20.

Southeast Asia occupies a strategic location in Asia, situated on the communication routes connecting West Asia, South Asia and the East Asia. As such the region had attracted the attention and interests of the big powers, spurring various international and diplomatic events which affected the historical developments of the region. This course investigates the major develoments which had characterized the international history of Southeast Asia and the roles the region had played in the diplomatic history of the world during the 19th and 20th centuries.


HSK 501/4     Teori dan Kaedah Penyelidikan dalam Ilmu Sejarah
                     Theory and Research Methods in History

Kursus ini bertujuan untuk memantapkan kebolehan pelajar dalam bidang penyelidikan sejarah. Ia meninjau perkembangan dan kemajuan yang telah berlaku dalam bidang penyelidikan sejarah seperti kaedah mendekati sumber dan penjelasan dalam sejarah. Tumpuan diberikan kepada idea-idea tentang teori dan kaedah penyelidikan. Kursus ini juga meneliti perkembangan dan perubahan yang telah berlaku dalam penulisan sejarah di Asia pada tempoh pasca kolonial.

This course aims at enhancing the ability of students in historical research. It explores the on-going developments in historical research like the approaches to source materials and explanation in history. The discussion will be focused on new ideas on historical theories and methods. In relation to that, the course discusses the development and changes that has taken place in history writing in Asia during the post-colonial period.

HSM 502/4    Sejarah Politik Malaysia
                      Political History of Malaysia

Kursus ini bertujuan melibatkan pelajar secara aktif dalam pencerakinan yang luas dan mendalam tentang sejarah dan pensejarahan politik Malaysia kurun ke-19 dan ke-20 berasaskan perkembangan sejarah yang lebih panjang bermula sekurang-kurangnya dari kurun ke-15 Masihi. Tumpuan kursus adalah pada faktor penggerak, pola dan perkembangan politik di Malaysia dalam tempoh tersebut.

The course aims to train students to venture into broad as well as in-depth analyses of the 19th and 20th century political history and historiography of Malaysia based on the longer historical development beginning at least from the 15th century. The main focus of the course is on the catalysts, patterns and development of politics in Malaysia.

HSM 503/4     Sejarah Sosio-Ekonomi Malaysia
                      Socio-Economic History of Malaysia

Kursus ini bertujuan untuk mengembangkan pengetahuan pelajar mengenai transformasi ekonomi dan kemasyarakatan di Tanah Melayu, Borneo Utara dan Sarawak. Beberapa isu mengenai transformasi ini diteliti, dibincang dan dinilai. Perbincangan kursus juga dilakukan secara perbandingan antara ketiga-tiga kawasan bermula pada penghujung abad ke-18 hingga lewat abad ke-20. Di samping itu beberapa tema juga akan diterokai yakni impak dan kesan imperialisme dan kolonialisme Barat terhadap Malaysia kini, sejauh manakah kapitalisme dan perdagangan moden mempengaruhi sejarah buruh, dan peranan pendidikan dalam masyarakat majmuk Malaysia hari ini.

The course primarily focuses on the economic and social transformation of the Malay Peninsula, Sabah and Sarawak from the late 18th century to the late 20th century. Various issues in this transformation are examined, discussed and evaluated. Furthermore several themes are explored viz., the impact and legacy of Western imperialism and colonialism on present-day Malaysia, the extent of capitalism and modern trade that influenced labour history, and the role of education in the plural society of contemporary Malaysia.

HST 504/4      Sejarah Asia Tenggara Abad ke-20
                      Twentieth Century Southeast Asian History

Kursus ini bermula dengan dekad 1930-an apabila Kemelesetan Ekonomi menyebabkan Asia Tenggara bergolak dari segi sosial dan politik dan berakhir pada 1990-an apabila Islam  menjadi semakin menonjol di rantau ini. Tema-tema dalam kursus ini bertujuan mendedahkan pelajar kepada isu-isu penting dalam sejarah Asia Tenggara khususnya untuk tempoh separuh kedua abad ke-20. Perbincangan juga akan menumpu kepada persoalan historiografi di rantau ini seperti Thailand, Filipina dan Indonesia.

This course begins from the decades of the 1930s when the Great Depression caused political and social upheavals in Southeast Asia and ends in 1990 when the impact of Islam became more evident in this region. The themes of the course are aimed at exposing the student to important issues in the history of Southeast Asia during the second half of the 20th century. The discussion also focuses on the historiography of countries of this region like Thailand, Philippines and Indonesia.

HSB 507/20          Disertasi
                            Dissertation

Topik/tema disertasi merangkumi pelbagai aspek dalam bidang sejarah termasuk sosial, ekonomi, dan politik. Pelajar digalakkan untuk memilih topik-topik yang berkaitan dengan sejarah Malaysia dan mereka dikehendaki menjalankan penyelidikan di Arkib Negara, Kuala Lumpur dan/atau cawangannya di Alor Setar, Pulau Pinang, Ipoh, Kota Bahru, Kuala Terengganu, Johor Bharu, Kuching dan Kota Kinabalu. Disertasi mengenai sejarah Asia Tenggara atau lain-lain kawasan boleh dipertimbangkan jika pelajar membuat permohonan kepada Bahagian Sejarah dan sekiranya mendapat bantuan kewangan untuk tujuan penyelidikan daripada mana-mana pihak. Sebaik sahaja pelajar menentukan tajuk kajian Bahagian Sejarah akan menyediakan penyelia yang sesuai. Panjang disertasi mestilah antara 20,000 dan 25,000 patah perkataan.

The topic/theme of the dissertation may be chosen from either social, economic or political history. Students are encouraged to choose topics related to Malaysian history. Candidates are required to undertake research at Arkib Negara (National Archives of Malaysia), Kuala Lumpur and/or its branches at Alor Setar, Penang, Ipoh, Kota Bharu, Kuala Terengganu, Johor Bahru, Kuching and Kota Kinabalu. Dissertation on Southeast Asian history or other areas can be considered if the candidate applies to the History Section and manages to secure research funding from any quarters. Once the candidate decides on a title/theme, the History Section undertakes to assign an appropriate supervisor for him/her. The length of the dissertation is between 20,000 and 25,000 words.