• Postgraduate-h
  • Master of Arts (Literature)

Sarjana Sastera Kesusasteraan

Pengenalan  / Introduction
Keperluan Pengijazahan  / Graduation Requirement
Penawaran Kursus  / Course Offering
Sinopsis Kursus  / Synopses of Courses

Pengenalan  / Introduction
Program Sarjana Sastera dalam bidang Kesusasteraan (mod campuran) bertujuan untuk memenuhi keperluan siswazah yang berhasrat untuk menyambung pengajian mereka dalam bidang Kesusasteraan secara komprehensif melalui komponen kursus dan penyelidikan. Program ini sungguh fleksibel yang didasarkan kepada komponen disertasi yang membolehkan para pelajar menjalankan penyelidikan dalam pelbagai bidang yang berkaitan dengan minat, kebolehan dan pengalaman ilmiah masing-masing. Para pelajar yang berminat untuk mengikuti program ini boleh memilih sama ada untuk berdaftar secara penuh masa atau sambilan. Dengan pemilihan ini membolehkan mereka menyusun atur jadual peribadi dan jadual belajar sebaik mungkin.

The Masters of Arts (Literature), mixed-mode aims to cater to graduate students who want to continue their studies in the field of Literature comprehensively through these components: coursework and research. This program is very flexible and is based on the dissertation component that enables students to conduct research in various fields that are connected to their interest, skills and study experience. Students that are interested to follow this course can choose either to enroll as full-time candidates or part-time. Their choices will allow them to plan their personal and study timetable properly.

Keperluan Pengijazahan  / Graduation Requirement

Jenis Kursus / Type of Course

Keperluan Jam Kredit / Required Credit Hours

Teras / Core

20

Disertasi / Dissertation

20

Jumlah / Total

40

Penawaran Kursus  / Course Offering

Kursus / Course

% CW

% EW

Sem I

Sem II

 HKN 506/4

 Kajian Sastera, Media dan Budaya

 A Study of Literature, Media and  Culture

40

60

-

 HKT 505/4

 Kaedah Penyelidikan Sastera, Media dan 
 Budaya

 Research Method in Literature, Media and
 Culture

40

60

-

 HKT 508/4

 Teori dan Kritikan Sastera dan Media Baru

 Theory and Literary Criticm and New Media

40

60

-

 HKB 503/4

 Seminar Silang Budaya Kesusasteraan Asia
 Tenggara

 Cross-Cultural Seminar on Southeast Asian
 Literature

40

60

-

 HKB 507/4

 Karya Terpilih Pemenang Hadiah Nobel 
 Dalam Kesusasteraan

 Selected Texts Nobel Prize Winner in
 Literature

40

60

-

 HKS 501/20

 Disertasi   / Dissertation

100

-
















Petunjuk  / Legend :
CW - Kerja Kursus  / Course Work
EW - Penilaian Peperiksaan   / Examination Assessment

SINOPSIS KURSUS  / SYNOPSES OF COURSES

HKB 503/4    Seminar Silang Budaya Kesusasteraan Asia Tenggara
                    Cross-Cultural Seminar On Southeast Asian Literature

Kursus ini akan memperkenalkan tema-tema silang budaya dalam kajian kesusasteraan Asia Tenggara. Kursus berorientasikan perbandingan hasil kesusasteraan yang rentas sempadan tradisi dan budaya yang dapat dibuktikan melalui beberapa wacana silang budaya. Topik-topik perbincangan meliputi aspek sejarah, identiti, falsafah, puitika dan konsep keindahan, sistem keadilan, nasionalisme dan patriotisme. Kursus ini turut membuka ruang perbincangan yang kritis kepada penuntut terhadap kedudukan sastera

dalam menghadapi cabaran pelbagai bentuk media lain yang sedang berkembang pesat dewasa ini. Penulisan bahan dan karya sastera kini bukan lagi terhad dalam bentuk cetakan yang biasa, tetapi telah tersebar luas dalam pelbagai bentuk media yang lain seperti filem, teater, media digital dan sebagainya. Kajian perbandingan karya sastera akan memberi kefahaman yang lebih luas terhadap cara hidup dan tradisi sastera masyarakat di Asia Tenggara yang kaya dengan unsur-unsur yang bersumber dari luar wilayahnya.

This course will introduce cross-cultural themes in the study of Southeast Asian literature. It is orientated towards the comparison of works of literature that cross borders of tradition and culture that is evidenced by selected cross-cultural discourses. Among the topics for discussion are history, identity, philosophy, poetics and concept of beauty, the system of justice, nationalism and patriotism.  This course also opens a space to students to discuss critically the challenges facing literature in various forms of media that are developing rapidly nowadays. Writing materials and literary works are now no longer limited in the usual printed form, but have been prevalent in various forms of media such as film, theater, digital, and so forth. A comparative study of literary works will enhance a greater understanding of the cultural life-styles and literary traditions of Southeast Asian that are enriched by elements from outside the region.

HKB 507/4    Karya Terpilih Pemenang Hadiah Nobel Dalam Kesusasteraan
                     Selected Texts Nobel Prize Winner In Literature

Kursus ini berorientasikan teori bandingan dan aplikasi.Tumpuan kursus akan memfokuskan kepada analisis teks dengan menumpukan kepada latar belakang pengarang ,tema, teknik dan sisi-sisi keistimewaan setiap pengarang. Umpamanya pengarang terpilih ialah Rudyard Kipling [1907] dengan karyanya puisi-”The White Man’s Burden”, [1913]Rabindranath Tagore –cerpen,  1934 Luigi Pirandello – drama Six Characater in Search  of an Author, [1957] Albert Camus – Novel The Stranger, [1968] Yasunari Kawabata [Novel] Thousand Cranes, [1984] Jaroslav Seifert [Puisi- ”Twelve Love Pantouns”, [1986] Wole Soyinka Drama Swamp Dwellers, [2006] Orhan Pamuk [novel]- The Name of the Rose dan [2010] Mario Vegas Liosa – Novel – The War of the End of the World.

This course is based on comparative theory and application. This course will focus on  texts analysis which focusing on the background of the authors, theme, technique and the uniqueness of every author.  For example selected author and texts are.Rudyard Kipling [1907] and his poem-”The White Man’s Burden”, [1913]Rabindranath Tagore –short story  1934 Luigi Pirandello – drama Six Characater in Search  of an Author, [1957] Albert Camus – Novel The Stranger, [1968] Yasunari Kawabata [Novel] Thousand Cranes, [1984] Jaroslav Seifert [Puisi- ”Twelve Love Pantouns”, [1986] Wole Soyinka Drama Swamp Dwellers, [2006] Orhan Pamuk [novel]- The Name of the Rose and [2010] Mario Vegas Liosa – Novel – The War of the End of the World.

HKN 506/4    Kajian Sastera, Media Dan Budaya
                    A Study Of Literature, Media And Culture

Kursus ini bertujuan membincangkan teori dan kritikan sastera mutakhir yang diperkatakan dalam masa 10 tahun kebelakangan ini. Kajian sastera menerima baik kajian budaya dan media sebagai satu aspek penting dalam teori dan kritikan sastera. Sastera, media dan budaya ialah satu bentuk hubungan timbal-balik, maka kajian media dalam hubungannya dengan sastera dan budaya seperti media baru akan diberi perhatian. Kursus ini meneliti bagaimana media baru dan budaya digital memberi kesan kepada penghasilan, penerimaan dan penilaian karya sastera mutakhir ini. Seterusnya,  kursus ini membincangkan secara kritis dalam konteks teks-teks yang terpilih bagi menjelaskan aspek aplikasinya daripada perspektif sastera, budaya dan media.

The course aims to discuss contemporary literary theory and criticism for the last ten years. Literary studies accepts the study of culture and media as important aspects in literary theory and criticism.  It is felt that literature, media and culture are intertwined, thus attention will be given to media studies and its relation to literature and culture.  This course will examine how new media and digital culture affect the production, reception and evaluation of contemporary literary works. Selected literary texts will be discussed critically from the perspective of literature, culture and media.

HKT 505/4    Kaedah Penyelidikan Sastera, Media Dan Budaya    
                     Research Method In Literature, Media And Culture

Kursus ini  bertujuan untuk memandu pelajar menjalankan penyelidikan dalam bidang kesusasteraan secara saintifik. Kursus ini membolehkan juga pelajar memahami kaedah penyelidikan sastera dengan rujukan istimewa kepada media baru. Beberapa kaedah penyelidikan dalam media baru akan diperkenalkan seperti kaedah penyelidikan internet. Kursus ini juga akan mewajibkan penyediaan rancangan penyelidikan, tatacara penyelidikan dan penyediaan laporan untuk pembentangan di akhir kursus.

The course aims to guide the students to do scientific research in literary studies.  This course will also help the students to understand the methods in literary studies and specifically its relationship with the new media. Several methods in media studies will be introduced such as the method in internet research.  Students are requested to prepare a proposal, methodology and a report which will be presented at the end of the course.

HKT 508/4    Teori Dan Kritikan Sastera Dan Media Baru
                     Theory And Literary Criticm And New Media

Kursus ini akan meneliti beberapa pilihan teori dan kritikan kontemporari dan media baru. Pelajar akan diminta untuk memperlihatkan hubung kait antara fungsi teori dan kritikan sastera dalam perkembangan krtikan sastera mutakhir. Kursus ini juga akan meneroka secara kritis dan analitis mengenai isu yang  berhubung dengan dengan kritikan sastera kontemporari. Kaedah teori dan pendekatan yang sesuai akan dibincangkan dan kemudian akan diaplikasi sama ada dalam konteks Malayia [tempatan] mahupun di peringkat antarabangsa. Genre yang dikaji meliputi drama, novel, cerita pendek dan puisi. Dalam kajian dan analisi ini pelajar akan diminta untuk membincangkan isu-isu mengenai etnik, gender, kolonialisme, peranan sejarah dan representasi pensejarahan dalam karya-karya fiksyen kontemporari.  Kursus juga akan membincangkan peranan dan kesan media baru di dalam perkembangan teori dan kritikan sastera mutakhir
    
This course examines a selection of contemporary literary theory and criticism and new media. Student are requested to relate the function of literary theory in the developing of literary theory and  criticism. This course also ventures into theoretical discussion on issues related to contemporary literary theory and criticism. Appropriate literary criticism will also be investigated and applied to selected fiction such as novels, drama, poetry and short stories. Students are also asked to explore the issues of ethnicity, gender, colonialism and the role of history and historical representation in contemporary fiction.  This course also focuses on the role and impact of new media on the development of the contemporary literary theory and criticism.

HKS 501/20    Disertasi
                       Dissertation

Kursus disertasi ini memerlukan pelajar menjalankan kajian dalam bidang kesusasteraan di bawah penyeliaan seorang penyelia. Pelajar akan menggunakan maklumat primer dan sekunder dan menyusun kajian mereka dengan sewajarnya. Pada akhir kursus, pelajar akan menghasilkan satu disertasi akademik yang bermutu tinggi.

The dissertation course requires students to carry out research in literature under the guidance of a supervisor. Students will use primary and secondary information and design their research study appropriately. They will hand in a completed good dissertation at the end of the course.